Kami bantu anda semak coverage, banding pakej semua telco, dan uruskan pemasangan sampai siap — tanpa caj tambahan. Satu tempat, semua pilihan. Kami melayani Ipoh, Kampar, Malim Nawar, Gopeng, Batu Gajah dan sekitarnya.
Kebanyakan orang tak tahu telco mana ada coverage di rumah mereka, atau pakej mana paling berbaloi. Itu kerja kami.
Beritahu alamat atau poskod anda. Kami semak telco mana betul-betul ada line di kawasan tu sebelum anda buang masa mendaftar.
Kelajuan, harga bulanan, tempoh kontrak dan apa yang percuma — kami letak sebelah-menyebelah supaya senang pilih.
Rumah baru atau kawasan yang belum ada fibre. Kami uruskan permohonan dan ikut sampai hari pemasangan.
Kontrak lama nak habis, atau bil makin mahal? Kami semak bila boleh tukar dan apa pilihan yang lebih baik.
Bagi alamat atau poskod rumah anda, dan apa yang anda perlukan.
Kami semak dengan setiap telco dan balas dengan pilihan yang betul-betul ada.
Kami terangkan beza setiap satu. Tiada paksaan — anda yang putuskan.
Dokumen, permohonan dan susulan pemasangan. Anda tunggu je di rumah.
WiFi Local Ipoh dikendalikan oleh perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Alamat di bawah ialah alamat berdaftar SSM kami. Kawasan servis kami meliputi Ipoh dan sekitarnya di Perak.
Hantar poskod anda. Kami balas dengan telco mana yang ada line dan berapa harganya.